Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis

Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis Berikut ini penjelasan istilah yang digunakan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dalam kitab ini Perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan istilah al-Shahihain ialah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Setiap hadis yang diketengahkan oleh al-Bukhari dan Muslim secara bersamaan melalui satu orang sahabat disebut muttafaq alaih. Al-Sab‟ah, terdiri daripada Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah. Al-Sittah, terdiri daripada Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah. Al-Khamsah, terdiri daripada Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah. Al-Arba‟ah, terdiri darpada Imam Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah. Al-Tsalatsah, terdiri daripada Imam Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa‟i.
Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis
Perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan istilah al-Shahihain ialah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Setiap hadis yang diketengahkan oleh al-Bukhari dan Muslim secara bersamaan melalui satu orang sahabat disebut muttafaq alaih.

Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram
Judul kitab asal: إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام
Pengarang: Alawi Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي)
dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي)
Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi
Bidang studi: Hadits hukum

Daftar Isi
  1. Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis
  2. Istilah-Istilah Hadis
  3. Hadis Mutawatir dan Ahad
  4. Hadits Sahih, Hasan, Dhaif
  5. Mukaddimah 1
  6. Mukaddimah 2
  7. Download Terjemah Ibanah
  8. Download Terjemah Bulughul Marom
  9. Kembali ke: Terjemah Ibanatul Ahkam

Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis

Perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan istilah al-Shahihain ialah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Setiap hadis yang diketengahkan oleh al-Bukhari dan Muslim secara bersamaan melalui satu orang sahabat disebut muttafaq alaih.

Istilah Ushul al-Sittah atau yang dikenali dengan istilah al-Sittah, mereka adalah al-Shahihain (al-Bukhari dan Muslim), Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i, dan Ibn Majah. Sedangkan Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah dikenali dengan istilah al-Arba‟ah; setiap mereka memiliki kitab al-Sunan. Tetapi ada sebahagian ulama yang tidak memasukkan Ibn Majah ke dalam al-Arba‟ah dan menggantikannya dengan al-Muwaththa‟ atau dengan Musnad al-Darimi.

Berikut ini penjelasan istilah yang digunakan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dalam kitab ini

Al-Sab‟ah, terdiri daripada Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah.

Al-Sittah, terdiri daripada Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah.

Al-Khamsah, terdiri daripada Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah.

Al-Arba‟ah, terdiri darpada Imam Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah.

Al-Tsalatsah, terdiri daripada Imam Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa‟i.

Muttafaq „alaih, terdiri daripada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

Istilah-Istilah Hadis

Matan adalah isi hadis yang berakhir dengan sanad.
Sanad, mereka adalah periwayat yang menyampaikan kepada matan.
Isnad adalah rentetan sanad hingga sampai kepada matan. Contohnya, daripada Muhammad ibn Ibrahim, daripada „Alqamah ibn Waqqash, daripada Umar ibn al-Khatthab, bahawa Nabi (s.a.w) pernah bersabda:

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat.” Sabda Nabi (s.a.w) yang mengatakan “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat” disebut matan, sedangkan diri para periwayat disebut sanad, dan mengisahkan rentetan sanad disebut isnad.

Musnad adalah hadis yang isnad-nya bersambung mulai dari permulaan hing-ga ke bahagian akhir dan ia turut digunakan ke atas kitab yang menghimpun hadis-hadis setiap periwayat secara tersendiri seperti kitab Musnad Imam Ahmad.

Musnid adalah orang yang meriwayatkan hadis sekali gus dengan isnad-nya.

Al-Muhaddits adalah orang yang pakar dalam hadis dan menekuninya secara riwayah dan secara dirayah (pengetahuan).

Al-Hafiz adalah orang yang hafal seratus ribu hadis secara matan dan isnad.

Al-Hujjah adalah orang yang menguasai tiga ratus ribu hadis.

Al-Hakim adalah orang yang menguasai Sunnah dan tidak ada yang dikuasainya melainkan hanya sedikit.

Pembagian Hadis (A): Mutawatir dan Ahad

Hadis jika dilihat dari segi thuruq (jalur riwayatnya) terbahagi kepada mutawatir dan ahad.

Hadis mutawatir ialah hadis yang memenuhi empat syarat berikut ini. Pertama, ia diriwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai jumlahnya. Kedua, menurut kebiasaan, mereka mustahil bersepakat dalam kebohongan. Ketiga, mereka meriwayatkannya melalui orang yang sama kedudukannya mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir. Keempat, hendaklah musnad terakhir dari para periwayat berstatus hasan (baik). Hadis mutawatir dapat memberikan ilmu pengetahuan yang bersifat dharuri, atau dengan kata lain ilmu yang tidak dapat ditolak lagi kebenarannya. Antara contoh hadis mutawatir ialah sabda Rasulullah (s.a.w):

“Barang siapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersiap sedia menempah tempat duduknya di dalam neraka.”

Hadis ahad ialah hadis yang di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat mutawatir. Hadis ahad dapat memberikan faedah yang bersifat zhanni dan adakalanya dapat memberikan pengetahuan yang bersifat nazhari (teori) apabila disertai dengan bukti yang menunjukkan kepadanya.

Hadits Sahih, Hasan, Dhaif

Hadis ahad pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sahih, hasan dan dha‟if.

Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil, memiliki dhabt (hafalan) yang sempurna, sanadnya muttasil (bersambung dengan sanad berikutnya), tidak mu‟allal (cacat) dan tidak pula syadz (menyendiri). Istilah „adil yang dimaksudkan di sini ialah adil riwayatnya, yakni seorang muslim yang telah aqil baligh, bertakwa, dan menjauhi semua dosa besar. Pengertian adil ini mencakupi lelaki, wanita, orang merdeka dan hamba sahaya. Istilah dhabth ialah hafalan. Dhabit ada dua; pertama, dhabt shadr yang bermaksud orang yang bersangkutan hafal semua hadis yang diriwayatkannya di luar kepala dengan baik; kedua, dhabth kitab yang bermaksud orang yang bersangkutan memelihara pokok hadis yang dia terima daripada gurunya dari sebarang perubahan. Mu‟allal ialah hadis yang dimasuki oleh suatu „illat (cacat) yang tersembunyi hingga memaksanya perlu untuk diteliti yang lebih mendalam. Syadz ialah hadis yang tsiqah (orang yang dipercaya) berbeza dengan orang yang lebih tsiqah daripadanya.

Hadis hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang adil, hafalannya kurang sempurna, tetapi sanadnya muttashil, tidak mu‟allal, tidak pula syadz. Jika hadis hasan ini kuat kerana disokong oleh adanya satu jalur atau dua jalur riwayat yang lain, maka kedudukannya naik menjadi sahih li ghairihi.

Hadis dha‟if ialah hadis yang peringkatnya di bawah hadis hasan dengan pengertian kerana di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat hasan. Jika hadis dha‟if menjadi kuat kerana disokong oleh adanya jalur riwayat yang lain atau oleh sanad yang lain, maka kedudukannya naik menjadi hasan li ghairihi.

Hadis sahih dan hadis hasan boleh diterima, sedangkan hadis dha‟if ditolak dan oleh kerananya, ia tidak boleh dijadikan sebagai hujah kecuali dalam masalah keutamaan beramal, tetapi dengan syarat status dha‟if hadis tersebut tidak terlalu teruk, permasalahan yang diketengahkan masih termasuk ke dalam pokok syariat dan seseorang yang mengamalkannya tidak meyakininya sebagai perkara yang telah ditetapkan oleh agama, melainkan tujuan mengamalkannya hanyalah mengambil sikap hari-hati dalam beramal.[alkhoirot.org]
LihatTutupKomentar