Jumlah Perawi Hadits Pada Setiap Tingkat
Jumlah Perawi Hadits (hadith) Pada Setiap Tingkat Pengertian الطبقة (peringkat) pada bahasa:
Golongan yang mempunyai persamaan.
Dari sudut istilah:
Golongan yang hidup sezaman apabila mereka hampir pada jarak umur dan pada isnad. Maksud hampir pada isnad ialah syeikh-syeikh ini juga merupakan syeikh-syeikh kepada yang lain atau mereka hampir kepada syeikh-syeikhnya.
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS
Daftar Isi Kitab
- III. Pembagian Hadits
- A. Jumlah Perawi Pada Setiap Tingkat
- Bilangan perawi setiap peringka
- Kembali ke: Kitab Musthalah Hadits
III. PEMBAGIAN HADITS
A. JUMLAH PERAWI PADA SETIAP TINGKAT
Pengertian الطبقة (peringkat) pada bahasa:
Golongan yang mempunyai persamaan.
Dari sudut istilah:
Golongan yang hidup sezaman apabila mereka hampir pada jarak umur dan pada isnad. Maksud hampir pada isnad ialah syeikh-syeikh ini juga merupakan syeikh-syeikh kepada yang lain atau mereka hampir kepada syeikh-syeikhnya.
Bilangan perawi setiap peringkat:
Ialah bilangan perawi pada setiap kumpulan dari kumpulan sanad dan perawi-perawi ini hidup sezaman dan hampir pada jarak umur dan isnad. Ibnu Hajar telah membahagikan zaman para pemilik kitab yang enam kepada dua belas peringkat, yaitu pembahagian yang kita berpegang kepadanya bagi riwayat Imam Bukhari di dalam program-program.
1. Gharib
Pengertiannya pada bahasa:
Yaitu sifat musyabbahah dengan maksud bersendiri atau jauh dari sanak saudaranya.
Dari sudut istilah:
Hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sekalipun melalui satu peringkat dan kebanyakan ulama menamakannya Gharib (secara individu).
Bahagian-bahagiannya:
Gharib jika dinisbahkan kepada maksud bersendiri, boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
(a) Gharib Mutlak atau Individu Mutlak.
Pengertiannya ialah: Perkara yang mengasingkan pada asal sanadnya yaitu perkara yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada peringkat sahabat.
(b) Gharib pada nasab atau individu
Pengertiannya: Yaitu perkara yang mengasingkan pada sanad bagi mereka yang selepas tabi'in.
Jenis-jenis Gharib pada nasab:
1 - Terdapat satu kepercayaan sahaja ketika meriwayatkan Hadis yaitu tidak meriwayatkannya melalui orang yang boleh dipercayai kecuali seorang.
2 - Terdapat seorang perawi tertentu sahaja, yang meriwayatkan daripada seorang perawi tertentu: Seperti katakata mereka, polan sahaja yang meriwayatkannya daripada polan
3 - Hanya penduduk sebuah negeri atau segelintirnya sahaja: Seperti, yang meriwayatkannya hanya penduduk Mekah dan penduduk Syam.
4 - Hanya penduduk sesebuah negeri atau daerah itu sahaja tanpa penduduk sesebuah negeri atau daerah yang lain: Seperti kata-kata mereka Penduduk Syam meriwayatkan daripada penduduk Hijaz.
Pembahagian lain terhadap Gharib Nasabi.
Para ulama telah membahagikan Gharib Nasabi mengikut Gharib pada sanad atau matan kepada:
1 - Gharib pada matan dan isnad yaitu Hadis yang matannya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.
2 - Gharib pada isnad, tidak pada matan Seperti Hadis yang masyhur daripada sekumpulan sahabat, yang diriwayatkan daripada mereka melalui cara berlainan, sedangkan ianya didatangkan daripada salah seorang daripada mereka dengan satu isnad yang hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja daripada kalangan sahabat.
Hukumnya:
Dapat dikategorikan kepada Hadis yang boleh diterima dan ditolak mengikut keadaan perawi.
2. Aziz
Pengertiannya pada bahasa:
Sifat musyabbahah daripada perkataan ( عزَّ يَعِزُّز ) yaitu sedikit dan jarang atau daripada perkataan ( عزَّ يَيَعَزُّز ) yaitu kuat
dan bersangatan. Ianya dinamakan sedemikian kerana sedikit dan jarang terdapat ataupun kerana keteguhannya yang didatangkan melalui cara lain.
Dari sudut istilah:
Hadis yang disepakati riwayatnya oleh dua orang perawi pada setiap isnad atau setiap peringkat di mana perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap peringkat.
Hukumnya:
Dapat dikategorikan kepada Hadis yang boleh diterima dan ditolak, mengikut keadaan perawinya.
3. Masyhur
Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari ( شهرت الأمر ) yaitu telah masyhur perkara ini, apabila disebar dan diperkenalkannya manakala sebab dinamakan masyhur adalah kerana ianya tersebar.
Dari sudut istilah:
Ialah Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih, pada setiap peringkat tetapi tidak sampai ke peringkat Mutawatir.
Hukumnya:
Terbahagi kepada Hadis yang diterima dan Hadis yang ditolak mengikut keadaan perawi.
4. Mutawatir
Pengertiannya pada bahasa:
ىو اسم فاعل dari التواتر bererti التتابع yaitu berturut-turut, kita menyebut تواتر المطر yaitu hujan turun tidak henti-henti.
Dari sudut istilah:
Hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi, sukar untuk diterima akal bahawa mereka akan sepakat membela pembohongan atau pemalsuan.
Syarat-syaratnya:
Dijelaskan pada pengenalan bahawa Hadis Mutawatir tidak dapat dikenal pasti kecuali dengan beberapa syarat:
1- Diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi.
2- Terdapat sebilangan besar perawi pada semua peringkat sanad dan sukar untuk diterima akal bahawa mereka akan sepakat dari Hadis yang berbeza-beza
3- Riwayat mereka bersandarkan kepada fizikal seperti kata mereka: Kami dengar atau kami lihat.
Jenisnya:
1- Mutawatir Lafzi: Yaitu Hadis Mutawatir dari sudut lafaz dan makna.
2- Mutawatir Maknawi: Yaitu Hadis Mutawatir dari sudut makna walaupun lafaznya berbeza.
Hukumnya:
Berfaedah untuk mendapatkan ilmu yakini yaitu ilmu yang mendorong kepada membenarkannya dengan kebenaran yang hakiki tanpa ragu-ragu lagi malah wajib beramal dengannya.