Terjemah Mustholah Hadits

Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis) Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith) Bidang studi: Ilmu Hadits sahih hasan dhaif maudhuk
Terjemah Mustholah Hadits
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS
Download: Terjemah Musthalah Hadis (pdf)

Kitab Mustholah Hadits
DEFINISI

I. ILMU MUSTHOLAH HADITS

Ilmu Mustholah Hadis ialah ilmu usul dan kaedah-kaedah untuk mengenali keadaan Sanad dan Matan samada ianya boleh diterima atau ditolak .

Ilmu Hadis terbahagi kepada dua bahagian yaitu :

Ilmu Hadis Riwayah dan Ilmu Hadis Dirayah .

1. Ilmu Hadis Riwayah :

Ilmu Hadis Riwayah ialah ilmu yang memfokuskan kepada pemindahan kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, riwayat, penjagaan dan penulisannya .

2. Ilmu Hadis Dirayah :

Ilmu Hadis Dirayah ialah ilmu yang membantu kita untuk mengetahui hakikat riwayat, syarat-syarat, bahagianbahagian serta hukum-hukumnya. Begitu juga ia membantu kita mengetahui keadaan perawi, syarat-syarat perawi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya .

Riwayat Sebenarnya ialah :
Memindahkan Hadis dan seumpamanya dengan mensanadkan kepada orang yang dinisbahkan kepadanya.
Pemindahan tersebut dilakukan secara riwayat atau khabar dan selainnya .

Syarat-syaratnya :

Perawi menerima apa yang diriwayatkan kepadanya melalui salah satu dari cara meriwayatkan Hadis samada melalui pendengaran, pembentangan, ijazah atau sebagainya .

Bahagian-bahagiannya: Ittisal (bersambung) serta Ingqita' (terputus) dan sebagainya .

Hukum-hukumnya: Maqbul (diterima) dan Mardud (ditolak .)

Keadaan Perawi: Adil dan Jarah.

Syarat-syarat mereka: Dalam menyimpan dan menyampaikan Hadis .

Bentuk-bentuk riwayat: Riwayat dari kitab-kitab, mukjam Hadis, juzu'-juzu' dan sebagainya .

Perkara yang berkaitan dengannya ialah: Mengetahui istilah ahli Hadis .

Ilmu ini dinamakan ilmu Hadis Dirayah, ilmu usul Hadis Riwayah atau ilmu Mustolah Hadis. Walau bagaimanapun ilmu Mustolah Hadis merupakan nama yang termasyhur, lebih jelas serta menepati apa yang dimaksudkan .

-Topiknya :

Perawi dan Hadis yang diriwayatkan dari sudut penerimaan dan penolakan .

-Faedahnya :

Untuk mengetahui khabar dan riwayat yang disampaikan samada diterima atau ditolak .

-Di antara karangan-karangan penting dalam ilmu ini ialah :

1 - )المحدث الفاصل بين الراوي والسامع( karangan Al-Qadi Abu Muhammad Ar-Ramahrumzi. Beliau merupakan orang pertama yang mengarang ilmu ini secara perseorangan .

2 - )علوم الحديث( karangan Al-Hafiz Abu Amru bin As-Solah yang terkenal dengan Muqaddimah Ibnu Solah.

Ibnu Hajar menyatakan bahawa: (Beliau telah menghimpun di dalam kitabnya kesemua permasalahan yang timbul dan usaha ini tidak pernah dilakukan oleh pengarang-pengarang lain. Oleh sebab yang demikianlah orang ramai telah memberi tumpuan kepadanya serta mengikuti jalannya tanpa mengira apa yang disusun, diringkas, apa yang dijelas secara terperinci, apa yang dijelas secara ringkas serta apa yang diterima dan ditolak) .

Melihat kepada peri pentingnya ilmu ini, Imam Nawawi berusaha membuat kesimpulan di dalam kitabnya التقريب( . (Ulama-ulama lain juga turut membuat kesimpulan di dalam kitab masing-masing seperti Ibnu Kasir di dalam Kitabnya , ) اختصار علوم الحديث ( Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya ) نخبة الفكر في مصطلح أىل الأثر ( dan lain-lain lagi.

II. PENGENALAN UMUM

A. HADITS

Pengertiannya pada bahasa ialah:

Berita dan perkara baru, pengertian ini terdapat pada firman Allah:( ىل أتاك حديث موسى ) yang membawa pengertian berita Nabi Musa a.s dan firman Allah: ( ما يأتيهم من ذكر من ربهم مُحْدَث إلا استمعوه وىم يلعبون ) pula membawa pengertian perkara baru, kadang-kadang terdapat juga pada ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan lafaz ( الحديث ) bertepatan dengan pengertian yang dikehendaki oleh Al-Quran seperti firman Allah: .( فلعلك باخع نفسك على آثارىم إن لم يؤمنوا بهذا الحديث أسفًا )

Pengertiannya dari sudut istilah ialah:

Perkara yang di sandarkan kepada Nabi s.a.w samada dari kata-kata, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak, sifat semulajadi atau penghakiman sehinggalah kepada semua gerak geri Rasulullah s.a.w jaga dan tidur.

B. SUNNAH

Pengertiannya dari sudut bahasa ialah :

Jalan atau sirah samada baik atau pun buruk

Pengertiannya dari sudut istilah ialah :

Di sisi Jumhur seerti dengan Hadis dan penggunaan lafaz Sunnah adalah berlawanan dengan lafaz Bid'ah. Imam As-Syaatibi berkata: (Seseorang itu akan dikatakan mengikuti Sunnah apabila dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Nabi s.a.w dan seseorang itu akan dikatakan melakukan Bid'ah apabila dia melakukan amalan yang bercanggah dengan amalan Nabi s.a.w). Sunnah juga merangkumi amalan yang dilakukan oleh para sahabat r.a dan kita tidak boleh memberi pendapat samada ianya terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis ataupun tidak kerana amalan mereka sentiasa mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga kita tidak boleh memberi pendapat walaupun Sunnah tersebut tidak sampai kepada kita, walaupun ianya merupakan ijtihad yang sepakat dari kalangan mereka atau dari kalangan taabi'een selepas daripada mereka.

Imam Asy-Syaatibi berkata: Bukti amalan para sahabat juga termasuk di dalam sunnah Rasulullah s.a.w adalah berdasarkan kepada sabda baginda: (Kamu hendaklah mengikuti sunnahku dan Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin).

C. KHABAR

Pengertiannya pada bahasa:

An-Naba' yaitu sesuatu yang besar. Jamaknya kata jumlahnya ialah akhbar.

Pengertiannya pada istilah:

Setiap yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w atau selainnya seperti para sahabat, para taabi'een dan orang-orang selepas mereka.

Oleh yang demikian ramai ulama berpendapat bahawa khabar mempunyai pengertian yang sama dengan Hadis, manakala sesetengah ulama pula mengasingkan pengertian antara Khabar dan Hadis. Mereka mengkhususkan khabar pada perkara yang datang selain daripada Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itulah orang yang mengkaji, menghafal serta menceritakan tentang sunnah dinamakan ahli Hadis dan orang yang menceritakan tentang sejarah atau sebagainya dinamakan pencerita.

D. ATSAR

Pengertiannya pada bahasa:

Lebihan dari sesuatu.

Pengertiannya pada istilah:

Athar ialah berita yang diambil daripada sahabat atau tabi'in.

Para ulama berpendapat bahawa athar mempunyai pengertian yang sama dengan Khabar, Sunnah dan Hadis. Mereka menggunakan Hadis Marfuk kepada Nabi s.a.w manakala Hadis Mauquf kepada para sahabat. Imam Nawawi berkata: (Ahli-ahli Hadis menamakan Hadis marfuk dan Hadis Mauquf dengan Athar).
LihatTutupKomentar