Tafsir Mimpi Menurut Islam dan Barat
Nama kitab: Tafsir Mimpi Menurut Islam dan Barat
Judul kitab asal:
Penulis:
Nama lengkap: ِ
Lahir: 654 M / 32 H, Basrah, Iraq
Wafat:
12 January 728 M / 110 H, Basrah, Irak.
Bidang studi: tafsir mimpi,
Tasawuf, spiritual
Daftar isi
- Huruf A
- Huruf B
- Huruf D
- Huruf G
- Huruf H
- Huruf J
- Huruf K
- Huruf L
- Huruf M
- Huruf P
- Huruf S
- Huruf T
- Huruf U
-
Kembali ke:
Tafsir Mimpi Ibnu Sirin
HURUF A
ANGGOTA KELUARGA *menurut Islam:
Anggota Keluarga: Bermimpi
mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda.
Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu
kebaikan yang akan datang.
*menurut Barat:
Anggota Keluarga:
Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan
keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu
bermakna hal-hal berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi
adik-beradik bererti saingan, bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan,
bermimpi anak anda melambangkan anda seperti anak atau hal-hal berkaitan
dengan zaman kanak-kanak anda.
AIR *menurut Barat:
Air: Air
melambangkan emosi dan perasaan anda, di mimpi ia menggambarkan hidup dan
kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan, sungai kecil yang
mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai, kolam
terang menunjukkan permulaan baru, air berlumpur atau pusaran air bererti
masalah yang tidak diduga-duga.
ALLAH S.W.T :
Al-Ustaz Abu
Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan
Allah
S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi
itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau
yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan."
HURUF B
BERTELANJANG *menurut Islam:
Bertelanjang: Bermimpi
kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah bermakna akan
hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut
bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.
*menurut
Barat:
Bertelanjang: Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun
anda berkhuatir membuat kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh orang
lain sebelum berpakaian sepenuhnya, bermakna anda belum bersiap-siap
sebagaimana mestinya.
BINATANG *menurut Islam:
Binatang:
Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda
bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara
kulit ular bererti menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan
dan berusaha untuk mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik
dan ialah satu petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi
suara kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri.
*menurut
Barat:
Binatang: Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan
keberanian, bermimpi kuda menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa, bermimpi
ular menunjukkan kesuburan, bermimpi binatang liar yang berlaga bermakna
pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung
bermakna
kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan, kucing
berwarna hitam menandakan nasib baik.
BUAYA *menurut Barat:
Buaya:
Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang
memberi amaran.
HURUF D
DARAH *menurut Islam:
Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika
ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna
keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya
bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika
darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya
(terampun dosanya).
*menurut Barat:
Darah: Bermimpi pakaian
yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang
bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan
dan penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.
DIKEJAR
*menurut Islam:
Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda
akan berjumpa dengan musuh.
*menurut Barat:
Dikejar: Ini
adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa
akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba
melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi
hakikat.
HURUF G
GIGI *menurut Islam:
Gigi: adapun gigi maknanya adalah
keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang
lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
Gigi yang goyang:
jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang
jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.
*menurut
Barat:
Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang
membingungkan.
Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
Gigi
yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.
HURUF H
HAJI DAN UMRAH:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat
dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat
mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai
hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan
merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia
musafir
akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat
jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam
kesusahan akan mendapat kelapangan."
Orang yang melihat pergi
mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin
akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan
terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
Orang
yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang
umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan
mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan
bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.
HURUF J
JIN *menurut Islam:
Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin
bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin dalam tidur menunjukkan tipu
daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah kelompak yang suka
mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia.
JATUH *menurut
Barat:
Jatuh: Bererti kekurangan keselamatan, kekurangan yakin pada diri
sendiri, ketakutan kegagalan, ketidakbolehan menguasai situasi tertentu, atau
hanya mempunyai punca jasmaniah: kejatuhan mengejut tekanan darah.
HURUF K
KUCING *menurut Islam:
Kucing: mendengar suara kucing bererti
memalukan pembantu yang mencuri.
*menurut Barat:
Kucing: nasib
buruk jika anda tak berjaya menghalaunya atau membunuhnya
HURUF L
LABAH-LABAH *menurut Barat:
Labah-labah: Melihat labah-labah
bermakna anda akan berhati-hati, bekerja dengan rajin dan menemui sukses.
Labah-labah yang besar bermakna sukses yang cepat.
Tapi kalau anda
dikejar atau digigit labah-labah tersebut bermakna masalah atau kesukaran
dengan kejayaan tersebut.
HURUF M
MALAIKAT:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat malaikat dalam
tidur, jika malaikat itu yang dikenal dan dalam keadaan bergembira, maka akan
berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi.
Sesuatu yang dimaksudkan itu
termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan, mendapat pertolongan
setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah dalam
ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat
menghajikan kawannya atau dia syahid dalam peperangan."
MATI
*menurut Islam:
Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada
perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup
lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat.
*menurut
Barat:
Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh
orang atau situasi yang sudah membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati
dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi anda dan kawan anda. Melihat
seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati boleh mengerti
hanya anda akan meninggalkan dia.
MAYAT *menurut Islam:
Mayat:
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah
dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan
meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa
yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.
*menurut
Barat:
Mayat: Khabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang
tidak hadir.
MUHAMMAD S.A.W.:
Dari Sa'id bin Qais, dari
ayahnya, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak masuk neraka orang yang
melihat aku dalam tidurnya."
HURUF P
PARA RASUL: lihat Para Rasul
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi
melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan
mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang
sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan
menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang
sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya.
Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan
musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia
bermimpi melihat seolah- olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia
tidak menunaikan amanah menyalahi janji."
HURUF S
SAHABAT DAN TABIIN:
Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka
atau sekalian mereka dalam keadaan hidup, maka melihat itu dikira kuat
agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu akan memperoleh
ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia
termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi
akhirnya mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang
kehidupan.
SINGA *menurut Islam:
Suara singa: mendengar suara
singa bererti takut kepada raja yang zalim.
*menurut
Barat:
Singa: bermimpi singa bererti anda berkuasa besar, kalau anda
menewaskan singa itu, anda akan menang, kalau ditewaskan oleh singa, maka anda
akan mudah dikecam oleh serangan musuh.
Suara singa: mendengar
suara singa bererti kemajuan tidak di sangka-sangka dan populariti dengan kaum
wanita.
SYAITAN *menurut Islam:
Syaitan: Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan
bererti musuhnya menuduh isterinya berzina atau mengganggunya. Kata satu
pendapat mimpi seperti itu menunjukkan orang yang bermimpi akan lepas daripada
kesusahannya atau sembuh dari penyakit.
HURUF T
TABIIN:
melihat SAHABAT DAN TABIIN TERBANG *menurut Barat:
Terbang:
Bermakna kejayaan, pencapaian dan prestasi. Menggambarkan harapan, hasrat dan
cita- cita anda.
TERPERANGKAP *menurut Barat:
Terperangkap:
Mimpi ini mengucapkan kehampaan dan kekecewaan anda dan kehilangan kuasa.
Terperangkap di terowong atau tempat gelap lain bermakna anda kekurangan
maklumat yang sangat penting, jika anda melihat jalan keluar atau sinaran,
maka masalah anda akan dipecahkan.
HURUF U
ULAR menurut Islam:
Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna
menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk
mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan
beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
*menurut
Barat:
Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda
membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang
ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda
menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau
sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
Terpijak ular:
Terpijak ular bermakna seseorang melawan anda atau mengkritikkan anda.
Banyak
ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi
sebenarnya tidak berbaik-baik / mendapat tahu perkara atau rahsia yang
sangat buruk.[]