Kitab Al-Iqna’

Nama kitab: Al-Iqna’ (الإقناع) Nama pengarang / faqih: Al-Khatib al-Syirbini (Asy-Syirbini) - [الخطيب الشربيني] Bidang studi: Fikih madzhab Syafi'i

Kitab Al-Iqna’
 Nama kitab: Al-Iqna’ (الإقناع)
Judul lengkap:  Al-Iqna’ fi Halli Alfazhi Abi Syuja’ (الاقناع في حل ألفاظ أبي شجاع).
Nama pengarang / faqih: Al-Khatib al-Syirbini (Asy-Syirbini) - [الخطيب الشربيني]
Nama lengkap: Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini al-Syafi'i al-Qahiri ( شمس الدين محمد بن أحمد الخطيب الشربيني الشافعي القاهري )
Lahir: Syirbin, Dahqaliyah, Mesir
Wafat: Rajab, 977 H / 1570 M, Kairo, Mesir.
Etnis/nasionalitas: Arab
Bahasa kitab: Bahasa Arab
Masa mengarang kitab:
Bidang studi: Fikih madzhab Syafi'iyah (Shafi'iyah)
Info: Kitab ini dikaji secara sorogan setiap hari Minggu dan Kamis di Pondok Pesantren Al-Khoirot Malang

Daftar isi

  1. Download al-Muhadzab
  2. Biografi Pengarang: Al-Khatib Al-Syirbini (Asy-Syirbini)
  3. Profil Kitab Al-Muhadzab 
  4. Kitab Fiqih Lain:
    1. Terjemah Matan Taqrib
    2. Terjemah Fathul Qorib
    3. Terjemah Minhajut Talibin
    4. Terjemah Fathul Muin
    5. Terjemah Fathul Wahab 
    6. Terjemah Safinatun Najah
    7. Terjemah Mabadi Fiqih 
    8. Terjemah Sullamul Munajah
    9. Terjemah Sullam Taufiq 
    10. Terjemah Mirqatus Suud Syarah Sullam Taufiq 
    11. Terjemah Kasyifatus Saja Syarah Safinatun Naja
    12. Terjemah Kitab At Tahzhib Dalil Al-Quran dan Sunnah dari Matan Taqrib
    13. Terjemah Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram 
    14. Terjemah Uqudul Lujain 
    15. Terjemah Al-Umm Syafi'i 
    16. Terjemah Raudhatuth Thalibin  
    17. Terjemah Al-Majmu' Syarah Muhadzab 
    18. Terjemah Kifayatul Ikhyar  
    19. Terjemah Bidayatul Mujtahid Ibnu Rushd 
    20. Terjemah Al-Mughni Ibnu Qudamah 
    21. Terjemah Al-Muhalla Ibnu Hazm  
    22. Terjemah Al-Fiqh ala Al-Madzahib Al-Arba'ah 
    23. Terjemah Mabadiul Fiqhiyyah Juz 1
    24. Terjemah Mabadiul Fiqhiyyah Juz 2
    25. Terjemah Mabadiul Fiqhiyyah Juz 3
    26. Ilmu Falak dan Hisab Praktis 
    27. Al-Muhadzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi'i (Arab) 
    28. Al-Iqna' Syarah Taqrib 
  5. Kitab Fikih Terbaru

Biografi Pengarang: Khatib Asy-Syirbini

Nama beliau ialah Muhammad bin Ahmad. Menurut satu pendapat nama bapanya ialah Muhammad dan ada yang mengatakan nama bapanya Abdul Rahman. Menurut Syeikh Sayyid Syaltut, tidak tepat menamakan bapa beliau dengan nama Muhammad kerana beliau sendiri menyebutkan namanya sebagai Muhammad bin Ahmad al-Syirbini al-Khatib di penghujung kitab tafsirnya, al-Siraj al-Munir.

Laqab beliau ialah Syamsuddin kerana adat orang pada zaman tersebut menggelarkan orang bernama Muhammad sebagai Syamsuddin. Beliau juga terkenal dengan gelaran al-Khatib al-Syirbini. Gelaran al-Khatib tersebut menurut Imam al-Bujairimi adalah kerana beliau merupakan khatib di Masjid al-Azhar. Gelaran al-Syirbini pula adalah nisbah kepada kampung Syirbin yang terletak di al-Daqahliyah, Mesir yang merupakan tempat kelahiran beliau.

Kelahiran

Para ulama yang menulis berkenaan biografi beliau tidak menyebutkan tarikh kelahiran beliau. Namun begitu dapat dianggarkan tarikh kelahiran beliau berdasarkan tarikh wafat guru beliau.

Di antara guru beliau ialah Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari (m. 925 H). Untuk melayakkan seorang pelajar untuk belajar dengan ulama hebat seperti Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari sudah tentu usia beliau ketika itu tidak kurang dari 18 sehingga 20 tahun. Tempoh beliau berdamping dengan Syeikh al-Islam Zakariyyah al-Ansari juga sudah tentu tidak kurang daripada tiga atau lima tahun.

Di zaman itu juga ada Imam al-Suyuti (m. 911 H) yang merupakan seorang ulama yang terkenal juga. Namun begitu beliau tidak pernah belajar dengan Imam al-Suyuti. Jika usia beliau ketika itu sudah melayakkan beliau untuk belajar dengan Imam al-Suyuti sudah tentu beliau akan belajar dengannya. Ini menunjukkan bahawa tahun kelahiran beliau adalah sekitar tahun 900 Hijrah sehingga 905 Hijrah.

Syams al-Din Muhammad ibn Ahmad al-Shirbini al-Khatib juga dikenal sebagai al-Khaṭīb ash-Shirbīniy (الخطيب الشربيني, adalah seorang ulama Sunni Mesir yang berspesialisasi dalam fiqih Syafi'i, ushul fiqih, tafsir Qu'ran, dan bahasa Arab.

Dia memiliki reputasi atas kebijaksanaan dan kesalehan. Dia menyelesaikan studinya di Al-Azhar di bawah bimbingan Zakariyya al-Ansari, Shihab al-Din al-Ramli dan lain-lain, yang memberinya izin untuk memberikan nasihat dan pengajaran hukum resmi. Mughni al-Muhtaj delapan jilidnya, sebuah komentar tentang Al-Nawawi Minhaj al-Talibin, tafsir tiga jilidnya yang terkenal lainnya, Al-Iqna' fi Halla Alfadh Abi Shuja, yang dianggap sebagai salah satu tafsir terbaik dari salah satu kitab paling terkenal. terkenal risalah dalam Fiqh Syafi'i berjudul Matn Abi Shuja dan empat jilid tafsirnya yang berjudul Al-Siraj al-Munir fi al-i'ana ala ma 'rifa ba'd kalam Rabbina al-Hakim al-Khabir. Dia meninggal di Kairo pada tahun 977 H/1570 M.

 Guru-Guru

Al-Khatib al-Syirbini sempat belajar dengan ramai ulama hebat di zamannya. Beliau mempelajari daripada mereka ilmu-ilmu syariat sama ada secara riwayat dan dirayah. Dalam biografi beliau telah disebutkan sejumlah guru-guru beliau, antaranya:

1 – Syeikh al-Islam Zakariyyah al-Ansari (m. 925 H).

Al-Khatib al-Syirbini sangat banyak mengambil manfaat daripada beliau dan mengelar beliau sebagai Syeikhuna dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj.

2 – Imam Syihabuddin al-Ramli (m. 957 H).

Al-Khatib Al-Shirbini sangat memuliakan dan mengagungkannya. Ini menunjukkan bahawa beliau sangat banyak mengambil manfaat daripada ilmunya.

Antara pujian beliau kepadanya dapat dilihat di bahagian mukadimah kitab Mughni al-Muhtaj, beliau berkata: "Beliau tidak ada bandingannya pada masanya, yang unggul pada zamannya, sultan para ulama, lisan ahli kalam, tonggak para guru, dan petunjuk bagi para pelajar. Beliau adalah (contoh) kebaikan di siang dan malam hari. Beliau adalah bintang dunia dan agama."

3 – Imam Syihabuddin Ahmad al-Burrullusi yang terkenal dengan nama ‘Amirah (m. 957 H). Pengarang Hashiyyah ‘Amirah ‘Ala Syarah al-Mahalli ‘Ala Minhaj al-Talibin.

4 – Imam Nasiruddin Muhammad bin Salim al-Tablawi (m. 966 H).

6 – Imam Badruddin Muhammad bin Muhammad al-Masyhadi (m. 932 atau 933 H).

7 – Imam Nasiruddin Muhammad bin Hasan al-Laqqani (m. 958 H).

8 – Imam Abu al-Fath al-Qalqasyandi (m. 922 H).

9 – Imam Abdul Haqq al-Sunbati (m.  931 H).

10 – Imam Kamaluddin Muhammad bin Hamzah al-Syami (m.  933 H).

11 – Imam Ibnu al-Najjar al-Hanbali (m.  949 H).

12 – Imam Abu al-Hasan al-Bakri al-Siddiqi (m. 952 H).

13 – Imam Jamaluddin Abdullah al-Safi. 

Karya Tulis

  1. Al-Siraj al-Munir Fi al-I’anah ‘Ala Ma’rifah Ba’d Kalam Rabbina al-Hakim al-Khabir.
  2. Syarah Minhaj al-Din Fi Syu’ab al-Iman
  3. Al-Najm al-Thaqib Fi Syarah Tanbih al-Talib.
  4. Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj
  5. Al-Mawahib al-Saniyyah Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah
  6. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’
  7. Manasik al-Hajj al-Kabir.
  8. Manasik al-Hajj al-Saghir atau al-Mansak al-Saghir
  9. Al-Badr al-Tali’ Fi Halli Alfaz Jam’ al-Jawami’. 
  10. Sawati’ al-Hikam.
  11. Al-Mawa’iz al-Safiyyah ‘Ala al-Manabir al-‘Aliyyah dan dinamakan juga sebagai al-Mawa’iz al-Syafiyyah ‘Ala al-Manabir al-‘Aliyyah.
  12. Risalah Fi Birr al-Walidain Wa Silah al-Rahim
  13. Al-Khisal al-Mukaffirah Lil Zunub
  14. Fath al-Khaliq al-Malik Fi Halli Alfaz Kitab Alfiyyah Ibnu Malik
  15. Mughith al-Nida Syarah Qatr al-Nada
  16. Syarah Syawahid Qatr al-Nada Wa Ball al-Sada
  17. Nur al-Sajiyyah Fi Halli Alfaz al-Ajurumiyyah
  18. Fath al-Rabbani Fi Halli Alfaz Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjani.
  19. Taqrir ‘Ala al-Mutawwal.

Profil Kitab Al-Iqna' 

“Al-Iqna’ adalah kitab fikih bermazhab Asy-Syafi’i yang merupakan syarah untuk kitab “Matan Abu Syuja’”. Dari sisi posisinya sebagai syarah, kedudukannya seperti kitab “Fathu Al-Qorib” karya Ibnu Al-Ghorobili/Ibnu Qosim Al-Ghozzi, “Kifayatu Al-Akhyar” karya Al-Hishni, “Tuhfatu Al-Labib” karya Ibnu Daqiqi Al-‘Id, “An-Nihayah” karya Waliyyuddin Al-Bashir dan semisalnya. Hanya saja, kitab “Al-Iqna’” bisa digolongkan syarah panjang (“muthawwal”) meskipun juga tidak terlalu panjang lebar. Kitab “Al-Iqna’” tidak seringkas “Fath Al-Qorib” atau pertengahan seperti “Kifayat Al-Akhyar”. Al-Ghozzi menyebutnya sebagai “syarhun muthowwalun hafil” (syarah panjang nan padat).

Kitab ini, sebagaimana karya-karya Asy-Syirbini yang lain memiliki keistimewaan bahasa yang manis dan jelas. Al-Umani Al-Bashri sangat mengagumi “Al-Iqna’’ karya Asy-Syirbini ini sampai membuat syair khusus untuk memuji kitab ini. Barangkali karena kemudahan bahasa yang digabung dengan mutu kitab yang tinggi lah yang menyebabkan kitab ini dijadikan sebagai kitab yang wajib di pelajari di Al-Azhar.

Dari sisi waktu penulisan, kitab “Al-Iqna’” bukan kitab yang ditulis Asy-Syirbini di awal-awal aktivitasnya menulis. Kitab yang mendahului yang ditulis oleh Asy-Syirbini adalah syarah untuk kitab “At-Tanbih” karya Asy-Syirozi. Setelah itu Asy-Syirbini menulis syarah “Minhaj Ath-Tholibin” yang kita kenal dengan nama “Mughni Al-Muhtaj”. Setelah selesai dua kitab ini barulah Asy-Syirbini mengarang kitab “Al-Iqna’”. Jadi, dengan sejarah seperti ini bisa dipahami bahwa kitab “Al-Iqna’” seakan-akan adalah versi ringkas dari “Syarah At-Tanbih” dan “Mughni Al-Muhtaj“. “Al-Iqna’” selesai ditulis pada tahun 972 H.

Download Kitab al-Iqna' (pdf)

LihatTutupKomentar